Tips Tingkatkan Trafik: Tulis Artikel berkaitan isu terkini yang mempunyai kadar pencarian atau “search” yang tinggi
Pada 8 April yang lalu, saya telah menulis sebuah artikel berkenaan “26 Cara untuk kurangkan cukai pendapatan di Malaysia”. Artikel ni telah menjadi TOP POST di blog saya mengalahkan artikel-artikel lain yang saya tulis lebih awal. Hampir setiap hari sejak 2 minggu yang lalu, artikel ini menjadi top post. Kenapa yer?
* top post = artikel yang mendapat view paling banyak di blog saya
Tahukah anda para pekerja di Malaysia, tak kiralah samada bekerja dengan kerajaan, swasta atau sendiri, mereka perlu menghantar borang “e-hasil” sebelum hujung bulan ini. Sudah tentu mereka akan seach di internet berkenaan cara pembayaran atau dapatkan pelepasan cukai.
Jadi, dengan hanya anda menulis sebuah artikel berkaitan cukai pendapatan, anda telah mendapat tambahan trafik ke blog dengan mudah disebabkan ramai yang search di internet. Mudah bukan ?
Anda boleh baca artikel tersebut di bawah :
http://mursyidi.com/blog/26-cara-kurangkan-cukai-pendapatan-di-malaysia/
PS: Saya tengah siapkan satu Case Study – Bagaimana saya meningkatkan trafik atau views per month dari 191 ke 1xxx dalam masa 2 bulan sahaja (hampir 10 kali ganda). Teruskan melawat blog www.mursyidi.com ini untuk mendapatkannya nanti secara PERCUMA.
PPS: Anda boleh “like” facebook fanpage MURSYIDI.com jika anda rasa blog ini bermanfaat kepada anda. Klik DI SINI
Ikhlas,
Mursyidi Mohammad
Related Posts:
Filed Under: Perniagaan Internet







Salam
nice info! walaupun belum bekerja tapi pendedehan sebegini sangat diperlukan. Thanks Bro Mursyidi
same2 en izzat. Selamat menjawab peperiksaan yer