Program Pendidikan Kewangan PERCUMA – Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER)

POWER oleh AKPK

POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda ialah program pendidikan kewangan praktikal yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

POWER! direka khas untuk memberikan anda pengetahuan asas kewangan dan cara pengurusannya supaya anda lebih yakin dan boleh membuat keputusan Pengurusan kewangan secara wajar.

PENGETAHUAN POWER!

  • POWER! terbuka kepada semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang ingin memperoleh pengetahuan kewangan secara praktikal dan skil dalam Pengurusan kewangan dan hutang peribadi.
  • Jika anda merancang untuk memohon kemudahan pinjaman atau kredit buat kali pertama, POWER! akan memberikan anda tip berguna untuk menguruskan hutang secara efektif.

SESI POWER!

POWER! akan membantu anda menguruskan kwangan dan hutang dengan lebih baik melalui 6 bab praktikal tentang:

  • Pengurusan Aliran Tunai
  • Asas Meminjam
  • Penggunaan Kad Kredit Secara Bijak
  • Membeli Kereta
  • Membeli Rumah
  • Mengurus Hutang Anda

MANFAAT POWER!

Dengan POWER! anda akan dapat menguruskan aliran wang peribadi dengan yakin dan dapat membuat keputusan Pengurusan kewangan dengan berhemat.

LOKASI POWER!

Anda boleh memilih untuk menghadiri sesi POWER! di:

Ibu pejabat AKPK, Kuala Lumpur
Setiap hari Sabtu @ 9.30 pagi hingga 1.30 petang

Pada hari Ahad terpilih seperti di bawah (dalam Bahasa Malaysia):

  • 25 September 2011
  • 30 Oktober 2011
  • 13 November 2011
  • 18 Disember 2011

 Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching
Setiap hari Rabu @ 9.30 pagi hingga 1.30 petang

Penyertaan adalah PERCUMA! Hubungi 1-800-88-2575 untuk mendaftar sekarang!

Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://www.akpk.org.my/my/perkhidmatan/pendidikan-kewangan/power

AKPK juga ada menyediakan buku panduan kewangan peribadi secara percuma iaitu CELIK WANG.

Related Posts:

Filed Under: Kewangan

Tags: , , , , , , ,

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. [...] Curriculum Pendidikan Kewangan PERCUMA – Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER) [...]

  2. [...] kewangan ini dengan membaca buku, artikel-artikel di internet atau blog ataupun menghadiri kursus-kursus kewangan samada secara percuma atau berbayar. Ilmu itu pelita [...]

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.