Pengalaman bertemu Prof Emeritus Dr Ismawi Zen, tokoh senibina antarabangsa

Salam 10 hari terakhir Ramadhan. Semoga kita istiqamah meningkatkan amal sehingga ke penghujungnya.

Alhamdulillah, pada sabtu yg lalu saya berkesempatan menemani isteri menghadiri Konvensyen Sains Perubatan dan Kesihatan 2012 di Kelana Jaya anjuran Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik). Di sinilah saya pertama kali berpeluang mengenali  Prof Emeritus Dr Ismawi Zen, seorang tokoh yang hebat tetapi sangat merendah diri.

Konvensyen Sains Perubatan & Kesihatan 2012

Prof Emeritus Dr Ismawi Zen merupakan salah seorang tokoh senibina di peringkat antarabangsa. Beliau sekarang merupakan Dekan ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sebelum ini beliau pernah menjadi Timbalan Rektor UIAM dari 1999 hingga 2005.

Beliau juga telah dilantik oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mengetuai barisan panel arkitek untuk pembangunan semula bandar Mekah termasuk Masjidil Haram, supaya menjadi lebih luas, mesra alam, dan selamat. Panel arkitek itu terdiri daripada 16 syarikat arkitek antarabangsa dari 13 negara termasuk Arab Saudi, Malaysia, Mesir, Jordan, Jepun, Jerman, Perancis, Switzerland, England, India, dan Afrika Selatan.

Prof. Ismawi telah dilahirkan di Kampung Gedong, Samarahan, Sarawak. Beliau telah dibesarkan di dalam keadaan yang perit dan menginsafkan sehingga terpaksa bersahabat dengan sang buaya ketika bersampan ke sekolah. Manakala untuk ke Kuching contohnya, perjalanan yang perlu diambil oleh beliau akan mengambil masa selama 5 hari dan 5 malam perjalanan.

Adiknya yang lebih kecil terpaksa diberhentikan persekolahannya bagi ibu dan bapanya menyara persekolahan beliau. Manakala beliau pula kemudiannya terpaksa bekerja sebagai ‘buruh’ dan tidak dibenarkan menyambung pengajian di tingkatan 6 untuk membenarkan adiknya pula bersekolah.

Banyak lagi pengalaman yang begitu menarik dan menginsafkan sehingga tokoh yang ‘humble’ ini menjadi seorang yang berjaya di peringkat antarabangsa.

Walau pun terpaksa membesar dengan kepayahan dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai ranjau dan duri namun semua ujian tersebut tidak menghalangnya untuk terus ke maju ke hadapan.

Subhanallah, semoga Allah memberkati hidup dan perjuangan Prof Ismawi. Moga-moga umat Islam di Malaysia akan berjaya melahirkan lebih ramai tokoh-tokoh seumpamanya demi masa umat Islam sejagat.

Baca lagi :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ismawi_Zen

http://fab.utm.my/2012/04/30/an-inaugural-talk-by-prof-ismawi-zen-on-the-planning-and-design-of-masjidal-haram-makkah-al-arramah/

http://blogs.iium.edu.my/ismawi/

Kredit kepada Dr Zainur Rashid Zainuddin: http://zainurrashid.com/

Related Posts:

Filed Under: MotivasiUmum

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.