Nota Ramadhan Nota Keinsafan
Ebook Nota Ramadan Nota Keinsafan ini sebahagiannya merupakan projek amal Ramadhan yang diuruskan oleh sahabat saya Rahman Basri & Syed Faiz bagi membantu warga kurang upaya OKU di PDK Nur Kasih, Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. Sebahagian daripada pembelian anda akan disalurkan kepada PDK Nur Kasih sebelum berakhirnya Ramadan ini.
Syukur Alhamdulillah, bertuahnya kita kerana dipilih oleh Allah SWT untuk bertemu pada Ramadan kali ini, bulan yang penuh berkat, bulan di buka pintu syurga seluas-luasnya.
Allah memberi peluang kepada kita untuk merebut-merebut melakukan ibadat di sepanjang Ramadan ini yang pada permulaannya ada penghayatan, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya terselamat daripada siksaan API NERAKA.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Apabila tibanya Ramadan dibukakan pintu-pintu syurga, maka tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu .”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Inilah kelebihan Ramadan dimana Al-Quran yang menjadi penyuluh hidup kita diturunkan, tersembunyi amalan menyamai 1000 bulan, malam yang dicari-cari oleh setiap daripada kita dan pelbagai lagi “Dahsyatnya” kita mengimarahkan bulan Ramadan ini. Rugilah jika kita mensia-siakan kehadiran Ramadan pada kali ini…
Cuba lihat di sekeliling sebelum menjelang Ramadan, berapa ramai diantara saudara-mara kita, sahabat-sahabat mahupun kenalan-kenalan telah kembali ke Rahmatullah. Malaikat Izrail menjemput mereka dengan perintah Allah SWT.
Mereka tiada lagi bersama-sama kita pada Ramadan kali ini. Bagaimana Pula Dengan Kita?
Adakah kita yakin akan berjumpa dengan Ramadan pada tahun hadapan? Atau kita juga dijemput oleh malaikat Izrail sepertimana saudara mara, kenalan, sahabat kita dijemput sebelum Ramadan tahun hadapan?
Wahai sahabatku,
Marilah kita bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah SWT di bulan ini supaya dengan izinnya kita akan dipertemukan dengan malam 1000 bulan…”Ya Allah pilihlah aku”
Di kesempatan ini, Nota Ramadan Nota Keinsafan mengajak kita menginsafi kedatangan Ramadan, menyucikan dosa, mengingati Allah SWT, mempertingkatkan amal ibadat kita dengan sebaik-baiiknya.
- Ianya ditulis dengan bahasa mudah difahami dan mudah dipraktikkan. Sesuai untuk semua golongan.
- Ianya menjimatkan masa anda dalam membuat persediaan sepanjang bulan Ramadhan di mana ia mengupas beberapa amalan yang sesuai untuk diamalkan sepanjang Ramadhan.
- Nota yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan Ramadhan. Sebelum Ramadhan, semasa Ramadhan, hinggalah ke akhir Ramadhan. Ia dikupas dengan cara yang menarik dan santai. Anda tidak akan bosan untuk membaca & mempraktikkan amalan yang dianjurnya di dalamnya.
- Ianya turut mengupas beberapa tip bagaimana untuk mencapai ketenangan & keinsafan sepanjang bulan Ramadhan. Turut diselitkan beberapa amalan yang perlu diamalkan untuk menarik rezeki di bulan yang mulia ini.
- Secara keseluruhannya, terdapat 30 Nota yang sesuai untuk dipraktikkan sepanjang zaman.
Mari MEMBELI dan BERAMAL. Pelaburan Anda Adalah Sedekah!
Layari link di bawah untuk membeli sambil beramal di bulan ramadhan yang penuh barakah ini









