7 Tip Jimat Wang

7 Tip Jimat Wang

Berikut adalah tujuh  perkara yang anda boleh jadikan panduan untuk menjimatkan wang anda.

Tip pertama : Gunakan alatan elektrik sekali lalu.

Basuh baju apabila muatan sudah penuh dan gosok  semua baju apabila semua baju sudah di basuh boleh menjimatkan kadar penggunaan elektrik di rumah anda. Apabila anda menggunakan alat elektrik sekali lalu, ia lebih jimat berbanding anda gunakan alat elektrik pada setiap hari.

Tip kedua : Sentiasa tutup suiz  elektrik.

Suiz televisyen perlulah sentiasa di tutup, jangan biarkan ia berada dalam keadaan standby. Sama juga dengan suiz astro dan komputer. Tutup lampu jika tidak di gunakan dan lebihkan mendengar radio jika tiada rancangan yang anda minat di tayangkan di televisyen.

Tip ketiga : Tukar pada pembayaran bill secara online.

Sekarang banyak syarikat menawarkan diskaun bagi mereka yang membayar secara direct debit atau online. Lagipun ia lebih pantas dan menjimatkan masa dan wang anda.

Tip keempat : Jangan beli perkara yang tidak perlu.

Makan hanya makanan yang berkhasiat. Jangan beli keropok atau makanan yang tidak perlu dan tiada khasiat. Tidak perlu beli surat khabar kerana anda boleh baca secara online sahaja. Jika makanan di tempat kerja mahal, anda bawa sahaja bekal dari rumah.

Tip kelima : Tukar jenama yang mahal kepada jenama yang lebih murah dan berkualiti.

Kadangkala, harga sesuatu barang itu mahal di sebabkan jenama sahaja. Padahal, kualitinya lebih kurang sama sahaja dengan barang yang lebih murah. Tukar jenama yang mahal dan jimatkan wang anda.

Tip keenam  :  Jimatkan penggunaan minyak.

Bawa kenderaan dengan berhati – hati dan belajar bagaimana hendak kurangkan penggunaan minyak. Biarpun kesannya sedikit, sekurang – kurangnya anda akan lebih jimat dalam penggunaan wang.

Tip ketujuh : Dapatkan rebat cukai pendapatan.

Anda boleh layari laman web LHDN dan dapatkan rebat bagi cukai pendapatan anda. Dengan ini, anda boleh bayar kurang dari harga sebenar cukai anda.  Baca dan kaji  betul – betul syarat – syaratnya supaya lebih banyak wang dapat di jimatkan dari membayar cukai.

Related Posts:

Filed Under: Jana WangJimatKeusahawananKewanganLindung WangPendidikan KewanganSimpan WangSimpananTips Urus Wang

Tags: , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.