5 Cara Mudah untuk Menabung
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan baik atau buruknya seseorang anak itu. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Anak-anak perlu dididik dengan sebaiknya sejak daripada kecil lagi. Pendidikan kewangan adalah aspek yang amat penting diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.
Anak-anak perlu di ajar untuk mengurus dan menyimpan wang mereka untuk masa hadapan. Sebagai ibu bapa adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengingatkan kepada anak-anak supaya berbelanja dengan bijak , bukannya dengan boros.
Menabung adalah antara cara mudah mendidik anak tentang kewangan. Belikan tabung untuk mereka dan mulakan menabung bersama-sama mereka. Berikut saya kongsikan video berkaitan 5 Cara Mudah untuk Menabung . Mesej yang mudah difahami dan amat sesuai untuk ditonton bersama anak-anak.
5 Cara Mudah untuk Menabung:
- Menetapkan matlamat S.M.A.R.T
- My Money Plan
- Membuat Bajet
- Bezakan keperluan atau kemahuan
- Jot-it-down
Selamat menonton dan mengambil manfaat daripada video cara menabung wang ini.
[Sumber : Malaysian Investor, Securities Industry Development Corporation (SIDC) ]
Related Posts:
Filed Under: Bajet • Jimat • Pendidikan Kewangan • Simpan Wang







website ni best gilerrr…..i like it…i pun nk try jgk lah…^_^
terima kaseh. sila2 try blogging